Sunday, March 28, 2010

Kursus Induksi Part 2


Antara gambar kenangan platun tango yang sentiasa ceria serta aktif dalam semua aktiviti.....



Kita platun yang pertama membuat tugasan dan banyak masa rehat....

Lagak IO dari platun tango siri 1 / 2010

Kita bersambung di Part 2....

Walau banyak ranjau serta dugaan dalam satu kumpulan tapi sikap keterbukaan setiap ahli dalam meluahkan pendapat tidak terbatas biarpun terkadang enggan di ambil perhatian oleh kepimpinan tapi suara kecil ini juga dapat memperbaiki institusi persatuan kerana sebagai pemimpin wajar untuk kita mengambil semua aspek bagi memantapkan kumpulan.

Dalam bersuka-ria, peserta kursus turut didedahkan kepada semua bidang dalam jabatan kerana dalam masa singkat tempoh perkhidmatan dalam jabatan membataskan peserta menyelami semua bidang dalam jabatan dan kursus seperti ini memberi pendedahan serta pratikal yang turut menjadi modul dalam kursus ini.

Dengan hadirnya penceramah yang amat berpengalaman dalam bidang keimigresenan dalam majlis ilmu yang di adakan menjadi pendorong serta tiupan semangat kepada peserta untuk meneruskan kerjaya ini. Biarpun kepenatan, kesemua peserta wajib menghadiri kuliah bagi menimba ilmu serta pengalam dari pihak penceramah.

Seawal jam 5.30 pagi rutin harian peserta telah di selaraskan sehingga jam 12 tengahmalam, itulah usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan bagi mendisplinkan para peserta selaku penjawat awam yang beruniform.

bersambung.........

Saturday, March 27, 2010

Kursus Induksi Part 1

Alhamdulillah.....syukur pada yang Esa kerana limpah kurnia kesihatan yang telah diberikan memberi peluang kepada seramai 325 orang pegawai Imigresen menghabiskan Kursus Induksi Umum & Khusus Pegawai Imigresen KP17 Siri 1/2010 walaupun pada awal pendaftran serama 353 telah hadir tapi atas faktor kesihatan peluang kedua akan diberikan kepada mereka pada siri yang seterusnya.....

Apapun, kursus ini telah membuka mata semua peserta atas dasar saling memerlukan kerana semua peserta berada dalam satu jabatan yang sama. Biarpun kursus telah selesai namun peserta kursu masih di nilai pada pratikal yang akan dilakukan dalam tempoh sebulan setelah kembali ke negeri bertugas masing-masing.


Dari utara hingga selatan termasuk Sabah & Sarawak, kami berkumpul di satu tempat di MITC Ancasa Hotel Melaka untuk menyatukan warga imigresen ini....dan yang nyata memori 3 minggu tidak akan terhenti di sini kerana kemudahan telekomunikasi yang tanpa batas akan menjadi penghubung sesama peserta.....

Dengan semangat setiakawan masing-masing akan cuba membantu sesama ahli bagi membawa peserta ke tahpa yang lebih tinggi lagi dan terus memacu kejayaan........

Nantikan Part 2 untuk coretan serta gambar yang lain......



Friday, March 5, 2010

Show Your Support

Whether you are an individual, a business, a school or a city, you can show your support for Earth Hour by turning off your lights at 8.30PM on March 27 wherever you are on the planet. If you would like to find out more about running Earth Hour in your own country, city or town then please

You can support Earth Hour by:
  1. Turning off your lights at 8.30PM on March 27
  2. Pledge your support towards Earth Hour 2010!
  3. Showing your support and adding yourself to our world map
  4. Adding Earth Hour widgets, logos and banners to your blog or website to help us spread the word
  5. Talking about Earth Hour in your social network by updating your Social Network grabbing a Twibbon, tweeting about your support, and more
  6. Get together with your friends and family, by hosting an Earth Hour party or holding your own candlelit affair
  7. Rally your local council or community group to run an Earth Hour event for your community
  8. Encourage your employer and workmates to take part in Earth Hour and make energy savings every day
  9. Make an Earth Hour Lantern as a symbol of hope for the future
  10. Be creative! Find a new way to mark Earth Hour and let us know all about it!

Thursday, March 4, 2010

My Current Fav Song




Hujan...sebuah kumpulan indie tempatan yang mula meniti populariti dengan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada kini telahpun mengeluarakan album terbaru yang mengetengahkan single terbaru mereka iaitu Kau Harus Ada....semoga terhibur dengan lagu ini...

Salam 1Malaysia


Huhh...it's been a long time for me to finally decided to have a blog for me (as a writer) to say whatever I wanna say...... (tukar bahasa pulak) budak dari Bumi Kenyalang ini kini telah meninggalkan tanahair tercinta (Sarawak) atas desakan serta kewajipan tugas di perantauan....inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan dalam menetukan hala tuju diri di masa akan datang. Untuk itu salam perkenalan untuk semua yang sudi menjengah di lama blog amatur saya ini.