Sunday, April 25, 2010

Sofware

Hello semua.... ini adalah antara sofware yang saya gunakan dan saya ingin kongsikan kepada anda semua....
enjoy...



Size : 2.7 MB



Sunday, April 11, 2010

Syukur

Hari ini (11.04.2010) aku dan 3 orag lagi kengkawan aku plan nak pergi ke air terjun kat Gunung Ledang, Johor. Tapi mungkin disebabkan keadaan cuaca yang amat panas pada sebelah tengahari di mana kami dalam perjalanan ke sana tiba2 di kilometer 188.3 tayar kereta depan sebelah pemandu pecah di tengah lebuhraya. Tapi alhamdullilah, pada kelajuan 85 km/h kereta masih mampu dikawal dan dibawa ke tepi jalan.

Atas usaha sendiri (aku dan kawanku) telah menukarkan tayar yang pecah kepada tayar simpanan di tepi lebuhraya tersebut. Dalam cuaca yang panas kami cekalkan hati untuk menukar tayar tetapi niat kami nak ke Johor dibatalkan atas dasar keselamatan.


Saturday, April 3, 2010

Damailah Dikau Disana

Kau Sahabat Kau Teman
Artist: Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Thursday, April 1, 2010

Kursus Induksi Part 3

Seminggu telah berlalu seumpama baru semalam detik indah yang ditinggalkan oleh kalangan kadet-kadet pegawai imigresen dari seluruh pelusuk negara. Tapi kerana tugas semua kembali ke negeri tempat bertugas untuk terus berkhidmat dengan jabatan. Tetapi walaupun dalam satu jarak masa yang boleh dikatakan singkat tapi berjaya memupuk semangat 1Malaysia, ini kerana penyertaan dari segenap lapisan kaum telah mencerminkan budaya murni ini dalam jabatan kerajaan.


Video semasa game show LDK

Ternyata memori singkat ini akan terus menjadi kenangan pada masa yang akan datang....
Kepada semua kawan-kawan, SELAMAT BERTUGAS.....