Saturday, June 26, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 07, 08 & 09

Sinopsis Episod 07
Tajol yang ingin berjumpa dengan suami Anizah untuk mengumpul wang percutian reunion, perlu melalui sesi ujibakat suara terlebih dahulu…! Opie pula diminta oleh Bossnya, Azlan untuk membeli jambangan bunga kepada seseorang… Apakah reaksi Opie…?

Sinopsis Episod 08
Apakah yang telah “Belasah Girl” lakukan dengan telefon bimbit ibunya, Madihah…? Manakala Tajol pula, setelah selesai dengan ujibakat nyanyian, terpaksa pula berdepan dengan ujian soalan-soalan kuiz sebelum dia dibenarkan berjumpa dengan suami Anizah…!

Sinopsis Episod 09
Siapakah sebenarnya suami Anizah iaitu Tuan Megaman ini dan apakah kaitan beliau dengan Justin Bieber…?! Manakala kedatangan Tajol dan Komos ke rumah Madihah untuk untuk bertanyakan mengenai percutian reunion di sambut oleh “Belasah Girl”…!

Saturday, June 19, 2010

Geng Bekenang 19 Jun 2010

Inilah bahasa ibunda negeri Sarawak....


Download Jiran Sekampung
Jiran sekampung merupakan sebuah program bual bicara yang menggunakan dialek bahasa melayu Sarawak sebagai bahasa pengantaraan....

Audio : MP3
Durasi : 28 Minit 12 Saat
Size : 4.84 MB

Download sini

Friday, June 18, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 06

Sinopsis Episod 06
Opie yang bengang di ejek rakan sekerjanya mengenai insiden XXXL berjumpa Azlan untuk mendapatkan penjelasannya. Selepas itu, Opie menerima mesej Muka Buku dari seorang rakan lama yang juga merupakan lelaki idaman Opie…siapakah beliau…?


Wednesday, June 16, 2010

LBS & Karate Kid

Nak tengok movie ni.....





Radio Kamek

Dunia Baru Reunion - Episod 05

Sinopsis Episod 05
Dalam mesyuarat di pejabatnya, walaupun Opie telah melakukan tugasan dan pembentangan yang baik, namun beliau tetap menjadi bahan ketawa dan di buli oleh rakan sekerjanya. Lebih menghibakan Opie lagi, Bossnya juga turut sama mentertawakannya. Bagaimanakah nasib Opie…

Tuesday, June 15, 2010

Tanda-tanda Tibanya Saat Kematian



Subject:- Tanda-Tanda Saat Kematian

a. 100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.

b. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama
tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya.Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut
dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d. 7 hari : Mengidam makanan.

e. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh
dan asar.

i. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
dibahagian belakang badan.Seelok-eloknya bila sudah
Merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan
qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

****** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******

Monday, June 14, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 04

Sinopsis Episod 04
Tajol melawat Anizah yang terlantar di wad untuk memujuk beliau turut serta dalam percutian reunion ke Bali. Opie pula risau dengan insiden XXXL cuba untuk bersemuka dengan Bossnya, Azlan mengenai perkara tersebut, tetapi perbualan mereka di ganggu oleh seseorang…!

Friday, June 11, 2010

7 Fakta Pelik

1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

Sumber : http://lawakjenaka.com

Dunia Baru Reunion - Episod 03

Sinopsis Episod 3
Apakah yang telah berlaku kepada Opie sehingga beliau berkeadaan sedemikian rupa…? Opie yang berada di pusat membeli belah telah terserempak dengan Bossnya, Azlan ketika berada di kaunter bayaran. Barangan bersaiz XXXL apakah yang dibeli olehnya…?


Thursday, June 10, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 02

Sinopsis Episod 02
Suzanna, Adif, Anizah dan Mariah (kembar kepada Sariah) telah menerima jemputan Tajol. Madihah pula belum sempat membaca email jemputan Tajol kerana beliau sibuk melayan karenah anaknya yang terlalu aktif. Di manakah Opie pula…?

Tuesday, June 8, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 01

Sinopsis Episod 1

Geng kegemaran anda kembali lagi…! Setelah masing-masing berada di alam pekerjaan, Tajol mengajak geng lama Dunia Baru untuk mengadakan reunion di Bali, tetapi mereka harus membayar rm1500. Apakah reaksi masing-masing apabila menerima jemputan tersebut…?


Monday, June 7, 2010

Dunia Baru Reunion

Drama bersiri TV ini kembali dengan gelagat yang menghiburkan hanya di www.gua.com.myjangan ketinggalan untuk mengikuti episod baru setiap Isnin, Rabu & Jumaat.
SIPNOPSIS DUNIA BARU REUNION
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.

Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Friday, June 4, 2010

Peringatan Bersama

Rukun Islam & Rukun Iman

RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu

RUKUN IMAN


1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5.Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.