Monday, March 21, 2011

Jom Minum Kopi

Secawan Kopi Sehari Boleh Mencegah Kanser Kulit...

Kanser kulit merupakan salah satu pembunuh utama bagi mereka yang berkulit cerah seperti Amerika Syarikat. Berita baiknya, risiko ini dapat dikurangkan dengan hanya secawan kopi sehari. Bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein, bukan sahaja membolehkan kita kekal aktif tetapi juga bertindak sebagai agen anti-kanser.
Bagaimana Kafein boleh membunuh sel kanser kulit ?

K
ajian yang dibuat oleh penyelidik dari Universiti Washington dan diterbitkan di dalam Journal of Investigative Dermatology edisi Ferbuari 2009 menyatakan Kafein bertindak dengan melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya. Kafein juga bertindak merencatkan sel kulit yang terjejas akibat sinaran UV sekaligus menghalang dari bermutasi menjadi sel kanser.

Menurut Paul Nghiem, antara saintis yang membuat kajian ini mendapati pengamilan 6 cawan kopi sehari boleh mengurangkan risiko kanser kulit sebanyak 30%. Namun begitu, pengambilan kopi sebanyak itu tidaklah digalakkan kerana kafein yang berlebihan boleh membawa kesan buruk yang lain.

Kajian yang turut ditaja oleh National Institutes of Health (NIH) juga mencadangkan supaya kafein digunakan secara terus sebagai ubat-ubatan dalam rawatan moden untuk mencegah dan merawat kanser kulit. Contohnya dalam bentuk krim supaya boleh disapu terus pada lokasi yang diperlukan.

Buat masa ini, kajian lebih banyak perlu dibuat bagi mendalami sejauh mana kafein boleh digunakan dalam rawatan kanser kulit dan juga kanser yang lain. Jika berjaya, ia merupakan satu titik tolak dalam rawatan kanser. Sehingga masa itu tiba, para penyelidik mengakui secawan kopi sehari mempunyai kafein yang cukup untuk mencegah penyakit kanser kulit.

Wednesday, March 9, 2011

Sejarah Radio Amatur

Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894.

Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai 'Ham Radio' ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.