Credit to TV3 Malaysia
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 21, 2011
Jom Minum Kopi

Kanser kulit merupakan salah satu pembunuh utama bagi mereka yang berkulit cerah seperti Amerika Syarikat. Berita baiknya, risiko ini dapat dikurangkan dengan hanya secawan kopi sehari. Bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein, bukan sahaja membolehkan kita kekal aktif tetapi juga bertindak sebagai agen anti-kanser.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Universiti Washington dan diterbitkan di dalam Journal of Investigative Dermatology edisi Ferbuari 2009 menyatakan Kafein bertindak dengan melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya. Kafein juga bertindak merencatkan sel kulit yang terjejas akibat sinaran UV sekaligus menghalang dari bermutasi menjadi sel kanser.
Menurut Paul Nghiem, antara saintis yang membuat kajian ini mendapati pengamilan 6 cawan kopi sehari boleh mengurangkan risiko kanser kulit sebanyak 30%. Namun begitu, pengambilan kopi sebanyak itu tidaklah digalakkan kerana kafein yang berlebihan boleh membawa kesan buruk yang lain.
Kajian yang turut ditaja oleh National Institutes of Health (NIH) juga mencadangkan supaya kafein digunakan secara terus sebagai ubat-ubatan dalam rawatan moden untuk mencegah dan merawat kanser kulit. Contohnya dalam bentuk krim supaya boleh disapu terus pada lokasi yang diperlukan.
Buat masa ini, kajian lebih banyak perlu dibuat bagi mendalami sejauh mana kafein boleh digunakan dalam rawatan kanser kulit dan juga kanser yang lain. Jika berjaya, ia merupakan satu titik tolak dalam rawatan kanser. Sehingga masa itu tiba, para penyelidik mengakui secawan kopi sehari mempunyai kafein yang cukup untuk mencegah penyakit kanser kulit.
Wednesday, March 9, 2011
Sejarah Radio Amatur

Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902
Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai 'Ham Radio' ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Subscribe to:
Posts (Atom)