Apakah yang telah berlaku kepada Opie sehingga beliau berkeadaan sedemikian rupa…? Opie yang berada di pusat membeli belah telah terserempak dengan Bossnya, Azlan ketika berada di kaunter bayaran. Barangan bersaiz XXXL apakah yang dibeli olehnya…?
Friday, June 11, 2010
Thursday, June 10, 2010
Dunia Baru Reunion - Episod 02
Sinopsis Episod 02
Suzanna, Adif, Anizah dan Mariah (kembar kepada Sariah) telah menerima jemputan Tajol. Madihah pula belum sempat membaca email jemputan Tajol kerana beliau sibuk melayan karenah anaknya yang terlalu aktif. Di manakah Opie pula…?
Tuesday, June 8, 2010
Dunia Baru Reunion - Episod 01
Sinopsis Episod 1
Geng kegemaran anda kembali lagi…! Setelah masing-masing berada di alam pekerjaan, Tajol mengajak geng lama Dunia Baru untuk mengadakan reunion di Bali, tetapi mereka harus membayar rm1500. Apakah reaksi masing-masing apabila menerima jemputan tersebut…?
Monday, June 7, 2010
Dunia Baru Reunion
Drama bersiri TV ini kembali dengan gelagat yang menghiburkan hanya di www.gua.com.myjangan ketinggalan untuk mengikuti episod baru setiap Isnin, Rabu & Jumaat.

SIPNOPSIS DUNIA BARU REUNION
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.
Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.
Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!
Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.
Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Friday, June 4, 2010
Peringatan Bersama
Rukun Islam & Rukun Iman
RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu
RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5.Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Subscribe to:
Posts (Atom)