Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 Malam Ini



Malam yang penuh debaran bagi penggiat industri muzik tanah air bakal menjelma kembali! 14 buah lagu terhebat hasil karya dari komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat
tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat …dalam Anugerah Juara
Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? Segala-galanya bakal terjawab pada 9 Januari 2011 nanti!

Ini senarai finalis lagu lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu/ AJL ke 25 mengikut undian giliran persembahan yang telah ditetapkan secara undian oleh peserta sendiri:

1) Yuna – Cinta Sempurna (Yuna)

2) Tomok – Berlari (Shazzy Ishak)

3) A.P.I – Pelita (Loque/Loque)

4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim)

5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King (Taja/Taja)

6) Hafiz – Noktah Cinta (Ajai/Sheikh Qalam)

7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

8. Faizal Tahir – Selamat Malam (Audi Mok/Faizal Tahir)

9) Adira – Ku Ada Kamu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim)

10) Bunkface – Extravaganza (Sam/Bunkface)

11) Black -Sofea Jane (Iswandy/Sham)

12) Faizal Tahir – Hanyut (Audi Mok/Faizal Tahir)

13) Stacy – Jahat
(Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim)

14) Hujan – Mencari Konklusi (Noh/Noh)

Siapakah yang bakal menjulang Anugerah Juara Lagu 25 ini, nantikan malam ini bersama persembahan istimewa daripada juara-juara yang lepas seperti M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza. Turut membuat kemunculan khas ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Saturday, January 8, 2011

Hari Kelepasan Am 2011

Pada tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri. Tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 Nov), Maal Hijrah (27 Nov) dan Hari Krismas (25 Dis). Sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Bermula tahun 2010 juga, hari penubuhan malaysia atau dipanggil Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun turut diwartakan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011

BilHARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
1.Tahun Baru Cina3 FebruariKhamis
Tabun Baru Cina (Han Kedua)

*tidak termasuk Kelantan dan Terengganu

4 FebruariJumaat
2.Had Keputeraan Nab’ Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)15 FebruariSelasa
3.Hari Pekerja1 MeiAhad
4.Hari Wesak17 MeiSelasa
5.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong04-JunSabtu
6.Hari Raya Puasa**30 OgosSelasa
Hari Raya Puasa(Hari Kedua)31 OgosRabu
7.Hari Kebangsaan31 OgosRabu
8.Hari Malaysia16 SeptemberJumaat
9.Hari Deepavali

*Tidak termasuk Labuan dan Sarawak

26 OktoberRabu
10.Hari Raya Qurban**6 NovemberAhad
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)**

*Kelantan dan Terengganu sahaja

7 NovemberIsnin
11.Awal Muharam (Maal Hijrah)27 NovemberAhad
12.Hari Krismas25 DisemberAhad

Nota:** tertakluk kepada perubahan

Saturday, January 1, 2011

Siaran Akhbar Berita Harian (01 Januari 2010)

Mengikat kasih di Depoh Tahanan Imigresen Melaka


2011/01/01

MUHAMMAD Nurhisham mengucup pasangannya Siti Jawari dari Surabaya sambil diperhatikan Komandan Depoh Tahanan Machap Umboo, Abu Bakar Sidek Hasan (kiri) selepas majlis pernikahan tahanan depot di surau Al-Taiyibah di Alor Gajah, semalam.
MUHAMMAD Nurhisham mengucup pasangannya Siti Jawari dari Surabaya sambil diperhatikan Komandan Depoh Tahanan Machap Umboo, Abu Bakar Sidek Hasan (kiri) selepas majlis pernikahan tahanan depot di surau Al-Taiyibah di Alor Gajah, semalam.
ALOR GAJAH: Lazimnya majlis pernikahan berlangsung penuh meriah, sama ada di kediaman sendiri, dewan orang ramai atau hotel, namun lain pula kisahnya dengan pasangan duda dan janda, Muhammad Nurhisham Gan Abdullah dan Siti Jawari yang memeterai ikatan kasih mereka di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, dekat sini semalam.

Dengan sekali lafaz, Muhammad Nurhisham, 53, seorang pengusaha restoran dari Jalan Bendahara, Bandar Hilir, di sini selamat diijab kabul dengan Siti, 39, yang berasal dari Surabaya, Indonesia di Surau Al-Taiyibah di depoh berkenaan, tepat jam 11.56 pagi dengan mas kahwin RM40 pada majlis yang berlangsung sederhana.

Mereka bernikah dengan berwakilkan wali Pendaftar Nikah Cerai Negeri Melaka, Abdul Halim Tawil, 43, dan dihadiri kira-kira 50 anggota imigresen diketuai Komandan depoh berkenaan, Abu Bakar Sidek Hasan, selain anggota RELA, polis serta ibu dan adik perempuan pengantin lelaki.
Muhammad Nurhisham, duda anak satu yang mengusahakan restoran di Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah, berkata perkenalan selama dua tahun itu sepatutnya diakhiri dengan majlis pernikahan 1 Januari lalu, namun berubah apabila Siti ditahan imigresen pada 22 Disember lalu.

Beliau yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun, berkata majlis semalam sesuatu yang tidak dijangka, tetapi tetap gembira kerana berpendapat lokasi pernikahan bukan persoalan, asalkan caranya menepati ajaran Islam.

"Kami tidak mahu menunggu lama, sebab itu majlis ini diadakan secepat mungkin. Kita merancang dan Allah tentukan dan saya berharap selepas ini apabila isteri dibebaskan, dia akan menetap di negara ini bersama saya dan anak," katanya.

Bagi Siti yang masuk ke Malaysia pada 6 November lalu untuk menguruskan pernikahannya tetapi ditahan Imigresen di sebuah kompleks beli-belah di Bandar Hilir kerana disyaki bekerja tanpa permit, hatinya berbaur gembira dan sedih kerana terpaksa melangsungkan pernikahan di depoh tahanan.
“Apapun, saya berterima kasih kepada pihak imigresen terutama Abu Bakar kerana membenarkan kami melangsungkan majlis pernikahan di sini. Hari bahagia ini memang saya tidak akan lupakan,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 24 tahun di Indonesia.

Siaran Akhbar Utusan Malaysia (01 Januari 2011)

Duda, janda abadi cinta di depot tahanan imigresen


PASANGAN pengantin, Muhammad Nurhisham Gan Abdullah dan Siti Jawahari diiringi pegawai imigresen berarak selepas diijabkabul di surau Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di Alor Gajah, Melaka, semalam. - utusan/Nas Norziela Nasbah


ALOR GAJAH 31 Dis. - Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Mungkin itu kata bidalan yang tepat untuk menggambarkan kisah percintaan Muhammad Nurhisham Gan Abdullah dan pasangannya yang berasal dari Surabaya, Siti Jawahari.

Pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan esok sempena tahun baru 2011 namun ia menjadi tanda tanya apabila Siti, 39, ditahan Jabatan Imigresen ketika berada di sebuah pusat beli-belah 22 Disember lalu.

Berikutan itu, Siti ditahan di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini setelah permitnya didapati tamat pada November lalu.

Namun Nurhisham yang berasal dari Jalan Bendahara di sini nekad untuk meneruskan perkahwinan seperti dirancang walaupun terpaksa dilakukan di depot tahanan itu dengan seadanya tanpa dihadiri saudara-mara dan sahabat handai.

Justeru, tanpa sebarang hantaran, Nurhisham dan Siti memilih hari ini untuk diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM40.

Dengan sekali lafaz, kedua-dua mereka menjadi pasangan suami isteri pada pukul 11.56 pagi setelah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Melaka, Abdul Halim Tawil di surau depot berkenaan.

Walaupun demikian, apa yang mengharukan pasangan berkenaan ialah kerjasama 150 kakitangan depot tersebut yang turut bersama meraikan majlis perkahwinan mereka dengan bergotong-royong menyediakan makanan.

Turut sama, 19 tahanan wanita yang menjadi 'tetamu' majlis tersebut.

Menurut Nurhisham, dia dan isteri sepatutnya melangsungkan perkahwinan esok setelah membuat pelbagai persiapan termasuk mendaftar di pejabat agama Islam negeri.

"Namun, isteri saya telah ditahan pihak Imigresen ketika berada di sebuah pusat beli-belah 22 Disember lalu apabila mendapati permitnya tamat pada November lalu.

"Alhamdulillah walaupun menghadapi rintangan, Allah telah mempermudahkan apabila pihak Imigresen juga bersetuju membenarkan kami melangsungkan pernikahan di surau depot ini," kata pengusaha kedai makan itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nurhisham yang memeluk Islam 14 tahun lalu berkata, ini merupakan perkahwinan keduanya dan isterinya itu juga ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 24 tahun.

"Tidak pernah terlintas di fikiran, perkahwinan saya ini akan mendapat liputan seluruh negara," katanya yang terkejut apabila melihat beberapa wakil media cetak dan elektronik merakamkan detik manis hidupnya itu.

Menurut Siti, perasaannya gembira bercampur sedih apabila terpaksa melangsungkan perkahwinan keduanya itu sebagai seorang tahanan di depot tersebut.

Namun begitu, katanya, dia terharu dengan usaha kakitangan pihak depot terbabit yang bergotong-royong menyediakan makanan bagi meraikan majlis pernikahannya itu.

"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Imigresen yang sentiasa menjaga kebajikan tahanan di sini dan merealisasikan permintaan saya ini," katanya disertai linangan air mata.

Sementara itu, Komandan depot tersebut, Abu Bakar Sideq Hasan berkata, ini adalah kali pertama pihaknya meraikan pernikahan tahanan di depot tersebut sejak ia beroperasi 20 tahun lalu.

"Memang menjadi keutamaan kami untuk menjaga kebajikan setiap tahanan di sini apatah lagi pasangan ini mempunyai dokumen yang lengkap untuk melangsungkan pernikahan mereka," katanya.

Siaran Akhbar Harian Metro Online

Ikat cinta di depot

Oleh Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AKHIRNYA...Siti Jawari (kiri) bersama  Muhammad Nurhisham diarak pegawai imigresen selepas majlis pernikahan, semalam.
AKHIRNYA...Siti Jawari (kiri) bersama Muhammad Nurhisham diarak pegawai imigresen selepas majlis pernikahan, semalam.

ALOR GAJAH: Biarpun bakal isterinya ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, ia tidak menjadi penghalang buat seorang pengusaha restoran apabila nekad menikahi pasangannya dalam majlis sederhana di Surau Al-Taiyibah di pusat tahanan itu, semalam.

Ibarat cinta tidak mengenal sempadan, Muhammad Nurhisham Gan Abdullah, 53, duda anak satu dengan sekali lafaz selamat diijabkabulkan dengan janda anak satu, Siti Jawari, 39, yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur, Indonesia kira-kira jam 11.50 pagi dengan mas kahwin RM40.


Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Cerai Negeri Melaka, Abdul Halim Tawil, 43, dengan kehadiran kira-kira 50 kakitangan Jabatan Imigresen diketuai Komanden pusat tahanan itu, Abu Bakar Sidek Hasan termasuk ibu dan adik perempuan pengantin lelaki.

Muhammad Nurhisham dari Jalan Bendahara, Bandar Hilir, yang mengusahakan restoran di Jalan Hang Tuah berkata, dia berkenalan dengan isterinya itu selama dua tahun sebelum merancang berkahwin pada hari ini (semalam), tetapi tempat pernikahan terpaksa diubah apabila isterinya itu ditahan imigresen 22 Disember lalu.


Menurutnya, pengalaman melangsungkan majlis pernikahan di depot tahanan adalah sesuatu yang tidak dijangka, asalkan menepati ajaran Islam.


“Alhamdullillah, akhirnya semua dapat diselesaikan hari ini (semalam). Kami tidak mahu menunggu lama sebab itu majlis pernikahan ini diadakan juga walaupun di dalam depoh.

“Kami hanya mampu merancang, tetapi Allah s.w.t. menentukan dan saya berharap selepas ini apabila isteri dibebaskan, dia akan menetap di negara ini bersama saya dan anak perempuannya (daripada perkahwinan terdahulu).


“Pada mulanya saya amat risau dengan perkahwinan kami mungkin akan tertangguh, namun saya berjumpa dengan pegawai imigresen di depoh berkenaan untuk memohon pernikahan dijalankan dan mereka bersetuju memberi kebenaran,” katanya.


Siti pula berkata, hatinya gembira bercampur sedih kerana tidak menduga akan melangsungkan pernikahan di depoh tahanan bersama suaminya.


“Saya datang semula ke Malaysia pada 6 November lalu bagi menguruskan majlis pernikahan, sebelum itu ditahan pihak imigresen di sebuah pusat beli-belah kerana disyaki bekerja tanpa permit di negara ini.


“Bagaimanapun, saya tetap gembira dan mungkin ada hikmah. Kami ucapkan terima kasih kepada imigresen terutama Abu Bakar kerana membenarkan melangsungkan majlis pernikahan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat,” katanya yang mempunyai anak lelaki berusia 24 tahun, hasil perkahwinan pertama di Indonesia.


Sebaik selesai majlis, Muhammad Nurhisham terpaksa meninggalkan isterinya di depoh itu untuk sementara kesnya selesai.


Sementara itu, Abu Bakar berkata, upacara pernikahan itu adalah yang pertama kali diadakan di pusat tahanan berkenaan.


“Pernikahan ini dilangsungkan atas dasar kebajikan terhadap tahanan kerana mereka juga adalah manusia dan perlu dilayan dengan baik.


“Selain itu, kami juga mengadakan majlis kenduri secara bergotong-royong dan saya mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.