Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Entri kali ni bertemakan hari Ibu..biasalah kan minggu kedua bulan Mei seperti tahun2 sebelumnya. Tapi kita sebagai anak janganlah hanya menyayangi ibu kita setahun sekali sahaja tetapi setiap masa setiap ketika.

Beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai ibu (seperti diriku ini) walaupun terpaksa berjauhan. Tapi apa pulak perasaan mereka yang dah ketiadaan ibu kerana ajal telah menjeput mereka dahulu, dan mungkin ada jugak yang memang tak sempat dan tak pernah merasa kasih sayang ibu. Memang kesedihan akan menebal di dalam diri tetapi kita sebagai anak hendaklah terus menguatkan diri untuk terus berbakti kepada mereka dengan mendoakan kesejahteraan mereka. Amin....moga doa kita di makbulkan...

Pengorbanan ibu merupakan sesuatu yang tiada tolok bandingnya, barang sekali hendak dibayar dengan wang ringgit yang beribu juta. Dari saat kita di alam rahim lagi, pengorbanan ibu telah bermula, dan alhamdulillah atas pengorbanan ibu jugalah kita mampu melihat dunia ciptaan Yang Esa dan dalam masa yang sama membaca entri ini...... haha LOL

Apa yang pasti benarlah kata peribahasa "Syurga itu dibawah telapak kaki IBU". Jelas, besarnya pengorbanan ibu. Bagi yang berkesempatan berjumpa dengan ibu, laksanakanlah...namun bagi insan sepertiku ini, hanya salam khabar dari kejauhan yang dapat aku lakukan. Hargailah mereka selagi bernyawa, jangan biar kita menyesal kerana ajal maut itu tak siapa menduga.


IBU, BONDA, MAMA, UMI, MOM, MOTHER & etc. Tak kisahlah apa sahaja panggilan yang anda gunakan, Ibu memang berada dalam carta teratas dalam hati kita. Insan yang hadir tiada tolok banding, apatah lagi nak disamakan dengan insan lain. Memang ibu yang terbaik untuk kini dan selamanya.

Okaylah...sampai di sini dulu, sehingga kita berjumpa lagi dalam entri yang lain nanti. Kalau ada kecacatan dalam entri ini maaf jua yang di pinta, dan jangan segan untuk meninggalkan komen anda dibawah ini.

Tq everyone

No comments:

Post a Comment