Sunday, March 28, 2010

Kursus Induksi Part 2


Antara gambar kenangan platun tango yang sentiasa ceria serta aktif dalam semua aktiviti.....



Kita platun yang pertama membuat tugasan dan banyak masa rehat....

Lagak IO dari platun tango siri 1 / 2010

Kita bersambung di Part 2....

Walau banyak ranjau serta dugaan dalam satu kumpulan tapi sikap keterbukaan setiap ahli dalam meluahkan pendapat tidak terbatas biarpun terkadang enggan di ambil perhatian oleh kepimpinan tapi suara kecil ini juga dapat memperbaiki institusi persatuan kerana sebagai pemimpin wajar untuk kita mengambil semua aspek bagi memantapkan kumpulan.

Dalam bersuka-ria, peserta kursus turut didedahkan kepada semua bidang dalam jabatan kerana dalam masa singkat tempoh perkhidmatan dalam jabatan membataskan peserta menyelami semua bidang dalam jabatan dan kursus seperti ini memberi pendedahan serta pratikal yang turut menjadi modul dalam kursus ini.

Dengan hadirnya penceramah yang amat berpengalaman dalam bidang keimigresenan dalam majlis ilmu yang di adakan menjadi pendorong serta tiupan semangat kepada peserta untuk meneruskan kerjaya ini. Biarpun kepenatan, kesemua peserta wajib menghadiri kuliah bagi menimba ilmu serta pengalam dari pihak penceramah.

Seawal jam 5.30 pagi rutin harian peserta telah di selaraskan sehingga jam 12 tengahmalam, itulah usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan bagi mendisplinkan para peserta selaku penjawat awam yang beruniform.

bersambung.........

No comments:

Post a Comment