Sunday, January 23, 2011

Bercerai Kerana Facebook


LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.

Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.

Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.


Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.


Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun

Tuesday, January 18, 2011

Pelajar 15 Tahun Dibunuh Kejam Dan Ditanam Di Belakang Rumah Disebabkan Motosikal

Taufik dibunuh elak rahsia pecahpix_gal0

Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal

KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.

“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.


“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.

“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.

Monday, January 17, 2011

Perodua Bezza

Perodua Bezza hybrid

The Perodua Bezza is the only concept car unveiled by Perodua which is planned to be in Malaysia market between 2015 – 2017. We can see that the Perodua Bezza is designed base on the Toyota Prius that has been added with futuristic design and some extra modification.

bezza 1 new

bezza 1

bezza 2

bezza 3

bezza 3 new

DSC_5013
DSC_5015
DSC_4793
DSC_4941
DSC_4794
DSC_5007
DSC_4786
DSC_4792
DSC_4985
DSC_4790
DSC_4787
DSC_5012
DSC_5009
DSC_4997
DSC_4791
DSC_4948
DSC_4789
DSC_5019
dsc_4938
photo-3
DSC_4999
DSC_5017
DSC_5005
photo-1
DSC_5006
DSC_4987
DSC_4955
DSC_4784
DSC_5014
DSC_4779
photo-2
DSC_4996
DSC_4992


Wednesday, January 12, 2011

Kopi Termahal Di Dunia


Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama ‘Doi Chaang

Cappucino? Expresso? Mocha?
What? Kopi Janda? Tu yg mahal bukan kopinya.. tapi jandanya. Kah kah kah…

Biasa kita minum kopi.. kopi yg diproses dari biji kopi asli. Tapi berlainan dengan kopi ini. Nama pun paling mahal, mesti la ada spesel nya.. Hehe.

Pernah dengar nama Kopi Luwak? Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia.

Kenapa mahal? Sebab ia ada ingredient tambahan.. diproses dan diadun secukup rasa, bukan dalam periuk belanga, tapi dalam perut haiwan.. Haa, jangan terkejut beb. Sebab tu la mahal.. Hehe.




Kopi Luwak keluaran Thailand berjenama ‘Doi Chaang



Kopi Luwak keluaran Filipina berjenama ‘Alamid’



Haa.. menatang ni la yg buat kopi ni sedap. Menatang ni la yg telah menaiktaraf status kopi ni jadi the most expensive coffee in this world!




Menatang ni namanya Civet. Lebih kurang macam musang la, badan bintik2.. membiak area Asia , Afrika dan Eropah




Petani di Jawa Timur memetik biji kopi sebagai makanan Civet.




Hanya biji kopi yg elok dan terpilih je dijadikan makanan Civet.. demi menghasilkan kopi yg berkualiti tinggi.. Errkkk..




Civet diberi makan biji kopi terpilih. Masa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ni. Bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yg unik dan tasty.. Gulp!




Najis Civet dipungut untuk diproses.




Haha.. amacam, ada macam wafer cereal tak




Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.














Inilah hasilnya… Kopi Termahal di Dunia!