Friday, July 16, 2010

Dunia Baru Reunion - Episod 15, 16, 17 & 18

Sinopsis Episod 15
Berpunca dari hasutan Tajol, Opie telah mensabotaj rangkaian komputer di pejabatnya dengan virus komputer, supaya beliau dapat bercuti…! Pada masa yang sama, Datuk Pengerusi membuat lawatan ke pejabat untuk sesi perbentangan dari Azlan….!
Sinopsis Episod 16
Azlan yang kusut memikirkan siapakah yang telah sabotaj komputer di pejabat berbincang dengan Opie mengenai perkara tersebut. Opie pula mengambil kesempatan dari peristiwa tersebut untuk memohon cuti untuk ke Bali seperti yang telah dirancang.

Sinopsis Episod 17
Azlan memanggil Opie dan memberitahunya dia sudah mengetahui siapa yang telah mencipta virus yang bertanggungjawab melumpuhkan sistem komputer di pejabat mereka. Apa reaksi Opie mengenai perkara ini dan apakah yang bakal berlaku nanti…?

Sinopsis Episod 18
Azlan mendapati keadan di pejabatnya kelam kabut semenjak ketiadaan Opie. Manakala Opie yang gembira kerana dapat bersama Komos untuk percutian ke Bali telah dikejutkan oleh satu berita buruk dari Komos. Bagaimana Opie menanganinya…?

No comments:

Post a Comment