Monday, March 21, 2011

Jom Minum Kopi

Secawan Kopi Sehari Boleh Mencegah Kanser Kulit...

Kanser kulit merupakan salah satu pembunuh utama bagi mereka yang berkulit cerah seperti Amerika Syarikat. Berita baiknya, risiko ini dapat dikurangkan dengan hanya secawan kopi sehari. Bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein, bukan sahaja membolehkan kita kekal aktif tetapi juga bertindak sebagai agen anti-kanser.
Bagaimana Kafein boleh membunuh sel kanser kulit ?

K
ajian yang dibuat oleh penyelidik dari Universiti Washington dan diterbitkan di dalam Journal of Investigative Dermatology edisi Ferbuari 2009 menyatakan Kafein bertindak dengan melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya. Kafein juga bertindak merencatkan sel kulit yang terjejas akibat sinaran UV sekaligus menghalang dari bermutasi menjadi sel kanser.

Menurut Paul Nghiem, antara saintis yang membuat kajian ini mendapati pengamilan 6 cawan kopi sehari boleh mengurangkan risiko kanser kulit sebanyak 30%. Namun begitu, pengambilan kopi sebanyak itu tidaklah digalakkan kerana kafein yang berlebihan boleh membawa kesan buruk yang lain.

Kajian yang turut ditaja oleh National Institutes of Health (NIH) juga mencadangkan supaya kafein digunakan secara terus sebagai ubat-ubatan dalam rawatan moden untuk mencegah dan merawat kanser kulit. Contohnya dalam bentuk krim supaya boleh disapu terus pada lokasi yang diperlukan.

Buat masa ini, kajian lebih banyak perlu dibuat bagi mendalami sejauh mana kafein boleh digunakan dalam rawatan kanser kulit dan juga kanser yang lain. Jika berjaya, ia merupakan satu titik tolak dalam rawatan kanser. Sehingga masa itu tiba, para penyelidik mengakui secawan kopi sehari mempunyai kafein yang cukup untuk mencegah penyakit kanser kulit.

No comments:

Post a Comment