Tuesday, April 26, 2011

Install Garmin Kat Handphone

Kat sini aku nak share cara untuk install GPS (Garmin) dalam handset.

Perhatian!

Sebelum korang proceed, korang kena tau sama ada handset korang ada built in GPS receiver ataupun tak, so sila la check. Tanya la tokey kedai tempat korang beli handset tu ada GPS ke tak, tapi nak lagi detail korang check kat website ni: www.gsmarena.com. Kat atas belah kanan ada kotak untuk search, just type je model handset korang. Nanti kuar result click handset tu pastu scroll ke bawah, tengok kat area ‘Features’. Ada dua perkara korang kena amik perhatian, yang 1st, tengok kat row GPS, kalau ada built in dia tulis la Yes. Kalau No tu mintak maaf, tak guna install software ni. 2nd, tengok gak Operating System (OS), yang ni pun penting nak tau mana satu installer yang korang kena download. Contoh OS handsetSymbian, yang ni kebanyakan handset jenis Nokia. Lagi satu, Windows Mobile macamHTC, Dopod & lain-lain PDA. So, make sure korang check dulu benda ni, pastu baru proceed. Aku malas dah nak jawab soalan macam ni: N73 boleh install tak software ni? . Korang check la sendiri. Ni aku bagi screenshot empat jenis handset, dari belah kiri 5800 XM ( ada GPS, Symbian OS), yang kedua N73 (Symbian gak tapi takde GPS), yang ketiga SE G705 (ada GPS tapi tak tau dia punya OS) & yang keempat HTC Touch (Windows Mobile ada GPS). Click gambar kat bawah ni, amik perhatian pada info dalam kotak merah tu.


Kalau dah tau handset korang support software ni boleh la proceed untuk install. Sebelum tu, make sure korang dah set date & time handset korang, kalau tak setting lagi ada error masa install. Nak install sila ikut step ni:

1.
Pilih salah satu dari file installer berikut, depend pada OS handset korang. Contoh: Nokia 5800XM (Symbian OS) so download installer untuk Symbian (file no 1):
1. Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.50
2. Garmin Mobile XT for Palm
3. Garmin Mobile XT for Palm (for older devices)
4. Garmin Mobile XT for Symbian S60 2nd Edition
5. Garmin Mobile XT for Symbian UIQ3.0
6. Garmin Mobile XT for Windows Mobile
7. Garmin Mobile XT for Windows Mobile (for older devices)

2.
Download jugak file-file berikut:
1. Garmin Mobile XT Support Files software version 4.xx.xx
2. Garmin Mobile XT Free Basemap software version 4.xx.xx
3. Emei Convertor and Keygen -> Format rar, kena extract dulu lepas download
4. MFM-Garmin +MFM-SRTMWM -> Map Semenanjung Malaysia dengan Singapura*Credit to bro rieonline -> Updated 30 August 2010
5. Map Sabah, Sarawak & Brunei *Credit to bro Mazhan
6. POI v2.07 GMXT -> Yang ni optional, nak guna boleh tak nak guna pun boleh *Credit to bro WaKenaBeb
7. Vehicle -> Yang ni pun optional

3.
Dah siap download connect handset korang ke PC pastu pilih ‘Mass Storage’. Nanti PC detect memory card kita jadi macam flash drive. Kalau nak guna card reader pun boleh jugak, janji PC korang detect memory card tu. Pastu identify la drive letter untuk memory card tu.

4.
Next step korang double click file installer tu. Nanti dia self-extract pastu dia tanya nak install kat mana. Korang pilih la drive letter untuk memory card korang tu.

5.
Ulang step 4, tapi kali ni untuk Support file dengan Free Basemap.

6.
Lepas tu korang double click Emei Convertor, nanti dia mintak no Emei. Korang dail *#06# kat handphone, nanti kuar no siri (emei) 15 digit. Masukkan no ni kat Emei Convertor tu pastu click convert. Pastu copy no yang dia bagi kat Your Garmin Unit ID tu.

7.
Launch Garmin Keygen pastu paste no yang korang copy dari step 6 tadi kat kotak Enter Your Unit ID Here pastu click Generate. Yang software product tu takyah tukar sebab by default dia dah memang pilih Garmin Mobile XT. Korang akan dapat Your Software Unlock Code, copy code yang dia bagi ni.

8.
Amik perhatian sikit kat step ni, ramai yang kantui:
1. Launch notepad. Mana nak dapat notepad? Dah ada kat dalam PC korang. Click start -> run -> type notepad kat dalam tu pastu click OK.
2. Paste code dari step 7 kat dalam notepad tadi.
3. Click File-> Save As kat atas notepad tu.
4. Kat filename tu korang letak nama ni: sw.unl pastu kat save as type tukar kepada All Files. Step ni jangan silap, nanti korang punya Garmin jadi trial je tak full. Kat atas tu cari folder Garmin dalam memory card korang, pastu click save. Sila rujuk screenshot.
Resigzed Image



9.
Step ni untuk copy Detail Map, Point Of Interest (POI) dengan Vehicle. Aku assume ketiga-tiga fail ni korang dah download kat step 2 tadi. So just copy paste je tiga fail ni masuk dalam folder Garmin kat memory card korang. Tapi make sure file map format .img bukan .rar/.zip/.001 or so on. Kalau format lain dari .img kena extract/join dulu, dah dapat yang .img baru paste dalam folder Garmin. Sebab kita kat Malaysia so aku letak map untuk Sem. Malaysia dengan Singapura kat link atas tu. Lagi satu link untuk download map Sabah, Sarawak & Brunei. Tapi korang tak boleh guna dua-dua map ni serentak, kena guna salah satu je. So kalau kat Semenanjung guna yang Semenanjung la, kalau korang duk Sabah Sarawak guna yang lagi satu tu. Kalau luar negara korang kena cari sendiri la ye. Yang POI dengan Vehicle tu dalam bentuk folder, so paste je dalam Folder Garmin. Pastikan ejaan Vehicle bukan Vehicles, kalau ada huruf s tak dapat guna.

(POI dengan Vehicle ni optional, tak payah download pun takpe). Yang POI tu gunanya untuk bagitau kita area yang selalu ada speed trap, pasar malam, lintasan keretapi & dua tiga benda lagi, aku pun lupa. Yang Vehicle pulak just nak tukar icon anak panah tu jadi icon kereta, kapalterbang, bot, motosikal & lain-lain, saja nak bagi fancy sikit.

Okay, aku rasa dah complete dah step untuk install Garmin GPS dalam handset korang tu. So, korang boleh eject memory card korang tu pastu try execute Garmin ni dalam handset korang. Biasa dia ada kat dalam Application. First time tu dia akan tanya sikit setting bahasa, voice, pastu lagi satu yang penting nanti dia akan tanya ukuran jarak korang tukar la Statue ke Metric, kecuali la korang suka ukuran miles/feet. Kalau aku prefer KM/meter. Kat atas belah kiri ada bar signal, first time guna dia memang lambat nak detect satelit. Korang kena pegi luar rumah tempat lapang, baru dapat detect. Kalau dah detect bar signal tu naik kaler hijau, so dah berjaya la kiranya ni.

Kadang-kadang ada problem nak execute lepas install ikut cara kat atas. Kalau tak boleh execute korang try step kat bawah ni lepas siap step kat atas.
1. Bukak Application -> File Manager
2. Pilih Memory Card (Biasanya drive E).
3. Ko scroll ke bawah cari file Garmin MobileXT.sis. Click file tu pastu install guna handset. Maybe boleh guna Garmin lepas install cara ni...


Lagi satu aku nak bagitau korang, benda ni bukan 100% free. Masa nak detect satelit tu dia akan connect guna 3G/EDGE/GPRS so akan kena charge sikit. Biasa aku check data transferred dalam 4-5 kB, sikit je bukan banyak pun. Tapi kalau nak disablekan benda ni pun boleh gak, tapi dia akan jadi lambat gila nak detect satelit. Aku dah try semua ni. Dah panjang berjela post ni, nanti korang malas baca tanya gak macam-macam. So cukup setakat ni dulu. Try la sampai berjaya nak install software ni, bukan susah mana pun…

Pasal cara nak guna, korang explore la sendiri. Aku pun takde sapa yang ajar camna nak guna, belajar sendiri je. Godek-godek je handset korang, agak-agak la jangan hempas ke dinding pulak. Faham English sikit sure boleh punya...

1 comment:

  1. salam bro..nk tanya,Step untuk copy Detail Map, Point Of Interest (POI) dengan Vehicle 2...yang "copy detail map" ambik kat mna??" MFM-Garmin +MFM-SRTMWM"masa bila install?confius la..

    ReplyDelete