Saturday, April 9, 2011

Telur Palsu Di Pasaran


Hampir 300 biji telur dipercayai palsu dirampas pihak berkuasa selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP, mendakwa "telur palsu" menular di pasaran di Pulau Pinang.

Rampasan dilakukan di beberapa gerai runcit di Pasar Pulau Tikus.

Rampasan dilakukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Mereka tiba di pasar jam 10 pagi sebelum melakukan pemeriksaan di semua gerai runcit di situ.

270 biji "telur" dari gerai berkenaan dirampas.

Jurucakap kementerian berkata ia akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

Satu lagi pasukan dari Jabatan Kesihatan juga melakukan pemeriksaan secara berasingan.

Mereka membeli 100 biji "telur" dari gerai berkenaan.

Ia akan dihantar ke petaling jaya untuk pemeriksaan makmal.

Semalam, CAP dalam sidang medianya mendakwa menerima aduan dari seorang wanita mengatakan 30 biji "telur" yang dibeli di sebuah gerai di Pasar Pulau Tikus tidak kelihatan seperti telur biasa.

Kulitnya lebih keras dan cecair putih di dalamnya bukan seperti telur biasa.

CAP mendakwa ia "telur buatan palsu" yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

No comments:

Post a Comment