Monday, May 30, 2011

Salih Yaacob Selamat Bernikah Isteri Ke-4

Selamat pengantin baru kali ke-4 buat Salih Yaacob yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada hari ini. Alhamdulillah, tahniah la buat abg Salih. Hari tu, bukan main lagi keluar surat khabar bagai, habis kecoh satu Malaysia.

Imbas kembali, sekitar 12 May yang lepas terpaparnya sebuah cerita mengenai bakal isteri Salih Yaacob, Emi yang kini baru berusia 24 tahun. Emi mengakui hatinya tertawan dengan sikap Salih Yaacob yang ikhlas & sering mengajarnya menjadi insan yang baik.

Emi juga tertawan dengan hidung mancung milik Salih Yaacob, dan tanpa segan silu mengakui bahawa cinta hatinya itu sangat comel. Beruntung abang Salih Yaacob, mesti senyum memanjang.

Ramai lelaki mempunyai impian untuk berkahwin empat seperti Salih Yaacob. Tetapi, ada tak di antara mereka yang cuba mengorek rahsia daripada Salih Yaacob berkenaan teknik pengurusan rumahtangga? Haha...tanyala diri sendiri yer...

No comments:

Post a Comment